Tuesday, 2 July 2013

Jadi wanita paling bahagia

Wanita kadang kala diuji dengan sehebat hebat ujian... berkahwin mempunyai suami yang derhaka pada Tuhannya, memiliki anak yang berjaya tetapi kedekut untuk bertimbang rasa dengannya dan tidak melaksanakan perintah Allah Tuhan pencipta alam. .. bahkan juga ada yang tidak berkahwin yang berstatus dara hingga keakhir hayat..Golongan ini  miliki
zahir lemah tapi hakikatnya batin seorang wanita itu gagah, 
Wanita kuat tidak berkeluh kesah sebaliknya menjadikan Allah kawan baik pendengar masalah.. peluang bermunajat bertaubat dan meminta pada yang Hak disepertiga malam tidak dilepaskan..mudah terjaga dek bukan kerana deringan telepon tetapi seruan Maha Pencipta..
Hidup selalu berputar tidak selamanya kita berada dibawah dengan semua kepedihan dan tidak semestinya kita diatas dengan segala kesenangan.. Allah maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNya...Surah alBaqarah ayat 216: 
" Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu padahal itu baik buatmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak.."

Alkisah menurut kata  pujangga Hasan Al Banna - " kebahagian kita tidak terletak pada harta, tidak pada penampilan diri, tidak juga pada gemerlap perhiasan dan keindahan dunia. Ukuran kebahagian terkait pada hati dan ruh manusia yang mendambakan redha Tuhannya"

Wanita paling mudah menjadi penghuni neraka namun paling mudah juga menjadi penghuni syurga.. wahai kekasih Rasulullah SAW 

No comments:

Post a Comment