Wednesday, 17 March 2021

Hobi tika PKP 2 (Jan - Mar 2021)

Memasak merupakan satu terapi
tapi jangan lupa terapi yang lebih baik dari segala terapi adalah solat dan membaca AlQuran

Musim PKP akibat pandemic covid-19 melanda seantero dunia..akibat dikerah kerja dari rumah(norma baharu); akibat dikurung tak dibolehkan berjalan-jalan mencuci mata hatta masjid pun dilimitkan masa untuk elak orang berkumpul-kumpul sebagai salah satu ikhtiar untuk mengawal virus covid dari berangkai-rangkai dan bermaharaja lela. 
Tahun 2020 hingga ke suku tahun 2021 banyak menguji minda menguji rasa sabar nenguji rasa taqwa

Untuk break away from Work From Home mohla kita tingkatkan kebolehan memasak. 
Mahu cuba buat sejenis kek paling senang? Datang idea Kek Keju Mangga ( Manggo Cheese Cake )

Untuk mendapatkan kejadian kek yang sempurna jangan terlalu derhaka dengan resepi
Jangan kedekut dengan buah mangga yang ada bagi menghasil kek yang sedap ๐Ÿคฃ๐Ÿ˜‹ 
namapun mangga jadi jangan berkira dengan buah mangga yang ada di kek
Resepi ku menggunakan 2 biji mangga
satu biji di kisar, satu biji lagi di potong dadu. Yang paling suka kek ni paling mudah buat tak perlu bersusah payah bakar dalam oven macam New York Cheese Cake 




Bahan yang diperlukan sebagai kerak ialah biskut. Jangan salah tafsir biskut boleh je apa apa biskut tak semestinya biskut Marie(kena ingat tu hihi-jangan taksub pasal henis biskut)

15 keping biskut ( dihancurkan jadi debu๐Ÿ˜œ)
70 gm marjerin (dicairkan)
gaul biskut hancur dengan marjerin hingga sebati
masukkan dalam acuan (spring foam)
agar mudah ditanggalkan nanti
rata2 kan sambil tekan biskut ddalsm acuan suoaya mampat
simpan dalam peti sejuk selama 30 minit

Bahan Kek
2 biji mangga 
(satu biji kisar menjadikan puree dan satu  lagi potong dadu ketepikan dulu)
250gm cream cheese
200 ml whipping cream
1 SB juice lemon
1/4 cawan (60 gm) gula custor
1 SB gelatin (pastikan yang halal)


gelatin di cairkan dengan sesikit air kacau hingga larut ( biarkan 5 minit) jika beku boleh cairkan either masak atau masuk dalam
microwave - campurkan dengan puree mangga kacau sebati
cream cheese yg di biarkan lembut
pada suhu bilik di pukul bersama gula dan separuh bahagian puree mangga
ketepikan dulu

whipping cream dipukul sehingga kental ( pukul lama pun tak apa asalkan dia jadi kental)
campurkan kedalam bahan  cheese tadi
masukkan juga dadu manggo 
gaul perlahan kesemua bahan (gaul perlahan supaya dadu manggo tak hancur)
masukkan bahan kek ni ke atas acuan berisi kerak biskut tadi
simpan lagi dalam peti sejuk selama 4-5 jam

Bahan Topping
1 SB gelatin 
manggo puree
( cairkan gelatin dengan sedikit air kacau hingga larut dan campurkan dengan puree mangga kcau sebati)
tuangkn ke atas cheese cake tadi
biar dalam peti sejuk semalaman

boleh lah dimakan ketika dingin ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹



tambahan:
nak hias lagi di atas topping manggo tadi dengan hirisan mangga juga boleh di persilakan 







Thursday, 14 January 2021

Sesi memasak --

Cheese Garlic Muffin

(low carb-- replacement for bread)

ingredient:

-2 cups of almond flour

-1 cup sour cream(full fat-Hexa halal brand)

-1 cup cheddar cheese

-1 cup melted butter

-1ts baking powder

-1ts bread softener

-1ts garlic powder

-3 eggs

break the eggs put into the bowl

IMG_4057.jpeg

add in sour cream

IMG_4062.jpg

and melted butter then wisk well

IMG_4063.jpg

the almond flour is recommended to keep in the refrigerator for a night in order to avoid the clock and can smoothly wisk them later 

IMG_4059.jpeg

add baking powder/garlic powder into the bowl and wisk them well too

IMG_4065.jpeg

then put the dried part into the wet ingredient(almond flour and cheddar cheese into the other bowl eggs/butter) then wisk them altogether well and thoroughly 

IMG_4064.jpg

ensure to wisk them thorougly for all ingredient mixed well

IMG_4066.jpeg

then scoup them evey to each baking mould

IMG_4067.jpeg

bake 210 degree for 10 minutes

IMG_4058.jpeg

Tuesday, 12 January 2021

*Bagus untuk dibaca*

Seorang lelaki menikahi seorang gadis cantik. Dia sangat mencintainya. Suatu hari si isteri mengalami penyakit kulit. Perlahan-lahan dia mulai kehilangan kecantikannya.  suatu hari suaminya pergi untuk bekerja. Ketika pulang dari kerja dia mengalami kemalangan lalu kehilangan penglihatannya. Namun kehidupan pernikahan mereka terus berjalan seperti biasa. Tapi seiring hari berlalu, si isteri kehilangan kecantikannya secara bertahap. Suami buta tidak menghiraukannya dan tidak ada perubahan dalam kehidupan pernikahan mereka. Dia terus mencintainya, demikian juga si isteri juga sangat mencintainya.
Suatu hari si isteri meninggal dunia. Kematiannya membawa kesedihan yang mendalam bagi si suami.
Dia menyelesaikan acara pengebumian dan ingin meninggalkan pekan itu.
Seorang kawan dari belakang menyapa dan mengatakan, sekarang bagaimana Anda akan menjalani semuanya sendirian? Selama ini isteri Anda biasanya membantu Anda.
Dia menjawab, saya tidak buta. Saya berpura-pura, karena jika dia tahu saya dapat melihat keburukan dirinya, itu akan menyakitkan dirinya lebih dari penyakitnya. Jadi saya pura-pura buta. Dia adalah seorang isteri yang baik. Saya hanya ingin membuatnya bahagia.

Pesan Moral:
*Terkadang bagus bagi kita menutup mata dan mengabaikan kekurangan orang lain supaya tetap menjadi bahagia.*

*Tidak peduli berapa kali gigi menggigit lidah, mereka masih tinggal bersama dalam satu mulut. Itulah semangat PENGAMPUNAN.*

*Meskipun kedua mata tidak melihat satu sama lain, mereka melihat banyak perkara bersama-sama, berkedip secara bersamaan dan menangis bersama-sama. Itu KESATUAN.*

Semoga Tuhan memberikan kita semua semangat pengampunan dan kebersamaan.

1) Sendirian, saya dapat'berkata' tetapi *bersama-sama kita dapat 'berbincang'.*
2) Sendirian, saya dapat 'menikmati' tetapi *bersama-sama kita dapat'merayakan'.*
3) Sendirian, saya dapat 'tersenyum' tetapi *bersama-sama kita dapat'bergurau senda'.*

Itulah keindahan hubungan manusia. Kita bukanlah apa-apa tanpa orang lain. TETAPLAH TERHUBUNG.

KUTIPAN HARI INI
*gilet itu tajam tetapi tidak dapat memotong kayu; kapak itu kuat tapi tidak dapat memotong rambut.*

Pesan Moral:
*Semua orang penting menurut tujuan uniknya masing-masing. Jangan pernah memandang ke bawah (rendah) kepada siapa pun kecuali Anda mengagumi kasut mereka.
*ciptaan Allah saling melengkapi dan memerlukan..

Saturday, 29 August 2020

A perfect weekend In Melaka

Melaka dengan kedudukan negeri ke empat kecil di Semenanjung Malaysia dan popular dengan catchphrase – 'Don't mess with Melaka' – sums up its confident attitude.
Melaka has transformed itself from a faded port city into a strutting tourist hub, and its kaleidoscope of cultures makes it one of Malaysia’s most popolar destination.
Seseorang tak akan jemu bertandang ke Melaka kerana kedudukannya lebih kurang sama dengan destinasi Penang yang bukan setakat popular kerana keunikan tinggalan tradisi malah dengan pelbagai keenakan pelbagai makanan tradisi/ eats like local / street food yang boleh didapati di sini. 
Tinggalan bangunan yang menjadi tapak warisan sehingga dianugerahkan oleh Badan Dunia sebagai Kawasan Unesco Heritage— kawasan warisan yang terpelihara tidak kurang cantik dijadikan latar belakang memfoto.

Setelah penat menyusur jalan Jalan Bendahara stop sekejap di Red Square yang terdiri dari Museum Studhuys, Victoria Fountain, Jam Besar Tanming Sari, St Paul Church.. berehat sekejap sambil memerhati sekeliling ๐Ÿคฃ.






Lepas kan lelah sekejap di Cendol Jam Besar. Sejukkan anak tekak sekejap dengan cendol beraneka jenis dan perasa

Bergerak pula ke Dataran Pahlawan..bergambar sakan di kawasan Dataran dengan beberapa tempat tinggalan sejarah lainnya The Riun of Fort A Famosa, Bukit St Paul, Museum Kesultanan Melaka, Museum Arkitek Melaka,  Museum Setem, Museum Maritime dan lain lain

Menikmati keadaan di Bandar Hilir. Orang tak
berapa ramai. Masing- masing yang hadhir di persekitaran mengambil
langkah berhati- hati dalam mengikuti perintah SOP ketika PKPP(Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan)..

Hari ke dua: selepas menikmati makan pagi di hotel Ibis Melaka, menyusur jalan ke Kampong Mortein,  Kampong Melayu ditengah-tengah bandar Melaka yang berdaftar dalam kawasan Melaka Unesco Heritage. Tak tersangka direzekikan kami bertembung dengan Hajjah Chik Aminah tuan punya rumah yang saban tahun menang pertandingan menghias rumah sempena Tahun Kemerdekaan Negara. Makcik Aminah, tuan rumah yang mesra, peramah, pemurah dan rajin






Antara khazanah-khazanah antik yang masih di simpan dan dijaga rapi oleh mak cik Minah




Bergerak dari Kampong Mortein, kami menuju ke Kampong Hulu pula bertujuan menggalas perut. Macam2 ada di sini dan menu istimewanya Cendol Kampong 




Setelah perut kenyang rehatkan diri dahulu.

Nantikan sambungan untuk tempat-tempat menarik lain yang di lawati sepanjang 2 hari setengah di Melaka Bandaraya Bersejarah. 



Monday, 10 August 2020

Gold Hands .. cerita yang terserlah

Salah satu trip yang hampir terlupa nak update. Perjalannya ni dah lama dah ๐Ÿ˜ฅ akhir September Tahun 2018. Ni la akibatnya bila dalam tahun yang sama singgah banyak destinasi

Da Nang bukan destinasi impian tapi masa tu hanya sekadar destinasi untuk menghabiskan duit dan mengisi masa berjalan jalan.
Bekerja keras fiki macam mana nak memenuhkan itinerary 4 hari 3malam. Nak sewa motor tak reti bawak. Nak rent kereta katanya tak digalakkan kecuali Thailand (di Thailand memang saya srlf drive rental car). 
Akhir tercipta itinerary yang sebegini rupa.. rupanya ada hand giant bridge kat Da Nang yang baru siap dibina dan dibuka kat public bermula Jun tahun yang sama. Jadi ini lah destinasi hari ke2.. selepas menghabiskan malam pertama meronda bandar untuk night city tour dengan berjalan kaki. Seronok menyusur jalan malam malam tapi balik ke hotel naik grab sebab memasing penakut nak jalan kaki.




Di Hand Giant Bridge Ni terletak atas bukit Ba Na nak sampai ke atas bukit kena naik cable car. Entrance saja Vnd700,000 (cable car dan kawasan taman bunga ala France , Jurassic Park dan sekitarnya). Attractian lain yang ada di situ ada yang dikenakan entrance fee berasingan. Dari hotel ke Ba Na Hill sebetulnya hanya 20Km tapi trend oemanduanya Vietnam had laju tidak melebih 60Kms sejam jadi ambil masa 45-60 minit perjalanan ๐Ÿ™ŠRancang half day jer pun tapi ada kekeliruan masa nak exit tak pasal pasal kami hanya berjaya turun ke bawah bukit pada jam 4:30 petang dan te ngah hujan pulak. Kesimpulannya kami habis full day di Ba Na Hill.




Hari ke 3 half day habiskan di Hoi Ann bandar lama Vietnam(antique city) menyusur2 jalan dan menikmati sejarah kota lama tersebut kami beransur ke Son Tra Mt / Son Tra Peninsular menikmati pemandangan hutan / Da Nang National Park dan Juga scenic view Da Nang Bay dari atas bukit

Sepanjang mendaki ke atas jika lucky akan terjumpa jenis jenis monyet yang jarang dilihat seperti rhesus monkey, long tailed macaques, pygmy slow loris dan juga red-shanked douc langurs.

Hari ke empat pagi2 seusai subuh konon konon nak lihat sun rise. Berjalan lah ke pantai dalm 200 meter dar hotel. tengah menanti2 hujan turun dengan lebat. Tak ada rezeki sunset tapi rezeki main hujan di pantai.
Bertolak ke airport tengahhari selepas makan di restaurant brunei yg ada di bandar. 
Destinasi seterusnya pada November 2018 tunggu...






Wednesday, 3 June 2020

Penyakit Manusia

Penyakit manusia yang terlalu biasa- perhatikan surah Al Baqarah ayat 264 berbunyi:


ูŠุฃูŠู‡ุง ุงู„ุฐูŠู† ุกุงู…ู†ูˆุง ู„ุง ุชุจู„ูˆุง ุตุฏู‚ุชูƒู… ุจุงู„ู…ู† ูˆุงู„ุฃุฐู‰ ูƒุงู„ุฐู‰ ูŠู†ูู‚ ู…ุงู„ู‡ ، ุฑุฆุขุกุงู„ู†ุงุณ ูˆู„ุงูŠุค ู…ู† ุจุงุงู„ู„ู‡ ูˆุงู„ูŠูˆู… ุงู„ุฃุฎุฑ


Yang bermaksud;

” Wahai manusia yang beriman, jangan lah kamu menghilangkan pahala sedekahmu dengan perbuatan mengungkit2 dan menyakiti orang yang menerima, seperti juga sipemberi harta bertujuan untuk menunjuk-nunjuk dan riak akan pemberiannya,dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat...


Antara tadabbur ayat ini:

-penyakit manusia ialah sombong, merasakan peroleh lesen (self licensing) untuk boleh menghalalkan yang haram :

-mengapa dimulakan dengan wahai orang yang beriman, walhal boleh saja Allah mulakan dengan wahai manusia.(Ya aiyuhannas!) bercakap dengan manusia perlu mengikut rentak psykologi masing2, berbeza ada yang perlu cakp terus, ada yang perlu berlemah lembut dan bertoleransi, da’i yang bijaksana berakal, dan smart perlu mengaplikasi rentak manusia dalm memberi nasihat/ menegur

  • jangan hanya kita berkedudukan lebih baik dari orang lain dan berposition lebih tinggi dari orang lain seseorang itu boleh menghalalkan caranya sedangkan caranya sangat tidak berhemah atau bahasa orang putihnya arrogant.

-kebaikan dibuat bukan kerana sesuatu sebab contohnya kebaikan disebabkan bulan Ramadhan ; amalan baik seperti solat awal waktu, solat subuh tak pernah tinggal, bersedekah , bertadarus alquran tetapi bila Ramadhan tamat digantikan dengan syawal semua amalan baik yang dilakukan ketika bulan Ramadhan hilang.

-Untuk memastikan kesinambungan dalam  beramal, Rasulullah(SAW) menganjurkan setelah selesai berbuat satu kebaikan, kita kena secepat2nnya menyusul dengan satu lagi kebaikan, bermaksud kebaikan diamalkan berterusan.


Kesimpulan:

Berusaha mentransformkan diri menjadi insan tawadhuk dan rendah hati dan melakukan apa juga amalan dengan penuh kemaafan dan kasih sayang dengan meningkatkan tambatan hablum minnas nas. Cara mendidik hati yang paking terbaik ialah dengan tidak melupakan kebaikan orang pada kita, dan lupakan kebaikan kita kepada orang lain 

Friday, 29 May 2020

Breathtaking Lapland

Indah Nian- Akaslompolo, Finland

Aku hampir sahaja menangis bila aku selamat sampai ke tempat yang kusangka tersemai bagai sebuah angan2 .Aku bersyukur sangat dan Alhamdulillah memang amat tepat setiap kejadian ada hikmahnya.

Sebelum menulis lebih panjang  kuselitkan gambar dulu yang menjadi punca aku terlopong mulut dan terembes airmata. Airmata yang mengalir itu tak lah sama dengan perasaan ketika kaki terjejak bumi haram Mekah dan Madinah Munawarah.





Sengaja kesini ketika musim dingin yang memang sangat dingin suhu mencecah -30 darjah celcius.

The idea of -30 degrees used to be terrifying to me. Sejuk keras.. silap2 jari boleh patah lagu ni. But then I realized that it was just simple fear and in actuality it’s not that scary though to be so cold. Its actually a blessing. Where else do we get the stillness, the crispness of the air, the indescribable pinkness of the sun and the kind of snowflake that crackles like pop rocks on your tounge when you lick it..

Enjoying it is not complicated with the right outfit juga dengan Persediaan penuh mental dan fizikal dah dibuat sebelum kesini.In reality the snowy surrounding is yours. Beautiful nature! 

Kenapa aku sibuk nak ke lapland especially wilayah pekan kolari dimana terletaknya kampong Akaslompolo. perhatikan saljinya.SubhanaAllah putih berkilau atau pun mat salleh kata glittering. berbeza dengan snow yg aku rasa di Jepun,korea,Vienna dan Austria. Ketika salji turun jatuh kebaju hinggap kedaun dan bumi dan sepanjang bermain mulut tak berhenti kata its awful beautiful ya Allah!







Diperkampungan Aurora Boralis ini, jangan lupa bermandi sauna. Selesanya tubuh selepas bersejuk2 kita bersauna dan berpeluh2 pula. 

Terdetik juga di hati yang finland is so rich. Why? it has Nokia and plywood. Tengok hutan plywoodnya. All is free. Very charming truely amazing


Finland, terima kasih kerana menunjukkan sight yang menakjubkan ketika musim dingin. You opened up my eyes to so many travel possibilities inshaAllah!