Wednesday, 17 March 2021

Hobi tika PKP 2 (Jan - Mar 2021)

Memasak merupakan satu terapi
tapi jangan lupa terapi yang lebih baik dari segala terapi adalah solat dan membaca AlQuran

Musim PKP akibat pandemic covid-19 melanda seantero dunia..akibat dikerah kerja dari rumah(norma baharu); akibat dikurung tak dibolehkan berjalan-jalan mencuci mata hatta masjid pun dilimitkan masa untuk elak orang berkumpul-kumpul sebagai salah satu ikhtiar untuk mengawal virus covid dari berangkai-rangkai dan bermaharaja lela. 
Tahun 2020 hingga ke suku tahun 2021 banyak menguji minda menguji rasa sabar nenguji rasa taqwa

Untuk break away from Work From Home mohla kita tingkatkan kebolehan memasak. 
Mahu cuba buat sejenis kek paling senang? Datang idea Kek Keju Mangga ( Manggo Cheese Cake )

Untuk mendapatkan kejadian kek yang sempurna jangan terlalu derhaka dengan resepi
Jangan kedekut dengan buah mangga yang ada bagi menghasil kek yang sedap πŸ€£πŸ˜‹ 
namapun mangga jadi jangan berkira dengan buah mangga yang ada di kek
Resepi ku menggunakan 2 biji mangga
satu biji di kisar, satu biji lagi di potong dadu. Yang paling suka kek ni paling mudah buat tak perlu bersusah payah bakar dalam oven macam New York Cheese Cake 




Bahan yang diperlukan sebagai kerak ialah biskut. Jangan salah tafsir biskut boleh je apa apa biskut tak semestinya biskut Marie(kena ingat tu hihi-jangan taksub pasal henis biskut)

15 keping biskut ( dihancurkan jadi debu😜)
70 gm marjerin (dicairkan)
gaul biskut hancur dengan marjerin hingga sebati
masukkan dalam acuan (spring foam)
agar mudah ditanggalkan nanti
rata2 kan sambil tekan biskut ddalsm acuan suoaya mampat
simpan dalam peti sejuk selama 30 minit

Bahan Kek
2 biji mangga 
(satu biji kisar menjadikan puree dan satu  lagi potong dadu ketepikan dulu)
250gm cream cheese
200 ml whipping cream
1 SB juice lemon
1/4 cawan (60 gm) gula custor
1 SB gelatin (pastikan yang halal)


gelatin di cairkan dengan sesikit air kacau hingga larut ( biarkan 5 minit) jika beku boleh cairkan either masak atau masuk dalam
microwave - campurkan dengan puree mangga kacau sebati
cream cheese yg di biarkan lembut
pada suhu bilik di pukul bersama gula dan separuh bahagian puree mangga
ketepikan dulu

whipping cream dipukul sehingga kental ( pukul lama pun tak apa asalkan dia jadi kental)
campurkan kedalam bahan  cheese tadi
masukkan juga dadu manggo 
gaul perlahan kesemua bahan (gaul perlahan supaya dadu manggo tak hancur)
masukkan bahan kek ni ke atas acuan berisi kerak biskut tadi
simpan lagi dalam peti sejuk selama 4-5 jam

Bahan Topping
1 SB gelatin 
manggo puree
( cairkan gelatin dengan sedikit air kacau hingga larut dan campurkan dengan puree mangga kcau sebati)
tuangkn ke atas cheese cake tadi
biar dalam peti sejuk semalaman

boleh lah dimakan ketika dingin πŸ˜‹πŸ˜‹



tambahan:
nak hias lagi di atas topping manggo tadi dengan hirisan mangga juga boleh di persilakan 







No comments:

Post a Comment