Da Nang bukan destinasi impian tapi masa tu hanya sekadar destinasi untuk menghabiskan duit dan mengisi masa berjalan jalan.
Bekerja keras fiki macam mana nak memenuhkan itinerary 4 hari 3malam. Nak sewa motor tak reti bawak. Nak rent kereta katanya tak digalakkan kecuali Thailand (di Thailand memang saya srlf drive rental car).
Akhir tercipta itinerary yang sebegini rupa.. rupanya ada hand giant bridge kat Da Nang yang baru siap dibina dan dibuka kat public bermula Jun tahun yang sama. Jadi ini lah destinasi hari ke2.. selepas menghabiskan malam pertama meronda bandar untuk night city tour dengan berjalan kaki. Seronok menyusur jalan malam malam tapi balik ke hotel naik grab sebab memasing penakut nak jalan kaki.
Di Hand Giant Bridge Ni terletak atas bukit Ba Na nak sampai ke atas bukit kena naik cable car. Entrance saja Vnd700,000 (cable car dan kawasan taman bunga ala France , Jurassic Park dan sekitarnya). Attractian lain yang ada di situ ada yang dikenakan entrance fee berasingan. Dari hotel ke Ba Na Hill sebetulnya hanya 20Km tapi trend oemanduanya Vietnam had laju tidak melebih 60Kms sejam jadi ambil masa 45-60 minit perjalanan 🙊Rancang half day jer pun tapi ada kekeliruan masa nak exit tak pasal pasal kami hanya berjaya turun ke bawah bukit pada jam 4:30 petang dan te ngah hujan pulak. Kesimpulannya kami habis full day di Ba Na Hill.
Hari ke 3 half day habiskan di Hoi Ann bandar lama Vietnam(antique city) menyusur2 jalan dan menikmati sejarah kota lama tersebut kami beransur ke Son Tra Mt / Son Tra Peninsular menikmati pemandangan hutan / Da Nang National Park dan Juga scenic view Da Nang Bay dari atas bukit
Sepanjang mendaki ke atas jika lucky akan terjumpa jenis jenis monyet yang jarang dilihat seperti rhesus monkey, long tailed macaques, pygmy slow loris dan juga red-shanked douc langurs.
Hari ke empat pagi2 seusai subuh konon konon nak lihat sun rise. Berjalan lah ke pantai dalm 200 meter dar hotel. tengah menanti2 hujan turun dengan lebat. Tak ada rezeki sunset tapi rezeki main hujan di pantai.
Bertolak ke airport tengahhari selepas makan di restaurant brunei yg ada di bandar.
Destinasi seterusnya pada November 2018 tunggu...
No comments:
Post a Comment