Wednesday, 3 June 2020

Penyakit Manusia

Penyakit manusia yang terlalu biasa- perhatikan surah Al Baqarah ayat 264 berbunyi:


يأيها الذين ءامنوا لا تبلوا صدقتكم بالمن والأذى كالذى ينفق ماله ، رئآءالناس ولايؤ من باالله واليوم الأخر


Yang bermaksud;

” Wahai manusia yang beriman, jangan lah kamu menghilangkan pahala sedekahmu dengan perbuatan mengungkit2 dan menyakiti orang yang menerima, seperti juga sipemberi harta bertujuan untuk menunjuk-nunjuk dan riak akan pemberiannya,dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari Akhirat...


Antara tadabbur ayat ini:

-penyakit manusia ialah sombong, merasakan peroleh lesen (self licensing) untuk boleh menghalalkan yang haram :

-mengapa dimulakan dengan wahai orang yang beriman, walhal boleh saja Allah mulakan dengan wahai manusia.(Ya aiyuhannas!) bercakap dengan manusia perlu mengikut rentak psykologi masing2, berbeza ada yang perlu cakp terus, ada yang perlu berlemah lembut dan bertoleransi, da’i yang bijaksana berakal, dan smart perlu mengaplikasi rentak manusia dalm memberi nasihat/ menegur

  • jangan hanya kita berkedudukan lebih baik dari orang lain dan berposition lebih tinggi dari orang lain seseorang itu boleh menghalalkan caranya sedangkan caranya sangat tidak berhemah atau bahasa orang putihnya arrogant.

-kebaikan dibuat bukan kerana sesuatu sebab contohnya kebaikan disebabkan bulan Ramadhan ; amalan baik seperti solat awal waktu, solat subuh tak pernah tinggal, bersedekah , bertadarus alquran tetapi bila Ramadhan tamat digantikan dengan syawal semua amalan baik yang dilakukan ketika bulan Ramadhan hilang.

-Untuk memastikan kesinambungan dalam  beramal, Rasulullah(SAW) menganjurkan setelah selesai berbuat satu kebaikan, kita kena secepat2nnya menyusul dengan satu lagi kebaikan, bermaksud kebaikan diamalkan berterusan.


Kesimpulan:

Berusaha mentransformkan diri menjadi insan tawadhuk dan rendah hati dan melakukan apa juga amalan dengan penuh kemaafan dan kasih sayang dengan meningkatkan tambatan hablum minnas nas. Cara mendidik hati yang paking terbaik ialah dengan tidak melupakan kebaikan orang pada kita, dan lupakan kebaikan kita kepada orang lain