Monday, 24 December 2018

Kehidupan

Sangat lama terhenti menulis di sini.  Bukan kerana terlalu sebok  tetapi macam ganjil bunyinya bila aku kata jari aku tak berapa rajin nak menaip..
Baru-baru ini aku ke salah satu destinasi impian aku..Alhamdulillah Allah permudahkan urusanku untuk melihat keajaiban ciptaanNya.

Kata orang bila banyak duit baru boleh berjalan makan angin terutama jika negerinya terletak beribu2 batu dari negara sendiri. Aku tak berapa nak bersetuju dengan pendapat tu. 

Draft blog ni tahun 2018 tapi aku hanya mampu meneruskannya pada tahun 2020. Tahun 2018 aku kehilangan kedua-dua ibubapaku. Abah pergi 10.02.2018, Emak pula pergi menghadap Yang Esa pada 01.04.2018. Aku redha. Alfatihah dibaca buat arwah kedua ibu bapaku. Kebetulannya hari ini adalah hari ibu sedunia. Aku berterimakasih kepada arwah emakku


Berkebetulan pula 2020 berlaku fitnah agak besar di dunia iaitu pandemic kuman covid-19. Seluruh dunia terjejas teruk terutamanya industri pelanconganšŸ˜„ 
Jadi aku akan teruskan dengan hal sensasi ini dulu
Hal tempat impian aku tu aku akan sambung nanti di lain kesempatan.

10.05.2020 sudah  hampir 53 hari Malaysia dibawah Perintah Kawalan Pergerakan. Jadi selama itu juga aku bekerja dari rumah. Berusaha lebih keras demi rezeki. Pengumuman rasmi Perdana Menteri Menteri Malaysia yang Perintah Kawalan Kawalan Pergerakan yang kini bertukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan ke 09.06.2020 bermakna akan ada lagi pembatalan tempahanšŸ¤¦‍♀️. Redha ketentuan Allah yang menguji hamba-hambanya yang ada di bumi ini. Dialah yang berkuasa. Dia Esa satu tiada anak tiada ibu tiada juga bapa. Wahid. Titik. 
Semua negara terjejas.Amerika yang mempunyai pemimpin sombong itu lagi teruk terjejas. Bongkak tak habis. Dia kena celik yang dia itu tiada siapa siapa disisi Allah. Rekod dunia C-19 menjelaskan negara mana yang terjejas 



Ketika menulis, tarikh ini jatuh pada Bulan Ramadhan bermakna semua umat islam menjalani ibadah puasa. Walau tiada bazar ramadhan, tiada berbuka puasa berjamaah di Masjid, juga tiada tarawikh berjamaah di Masjid, tiada tadarus, tiada moreh ibadah puasa tetap seperti biasa. Yang berseorangan seperti aku ni tetaplah berseorangan solat aku imam aku juga makmum. Oleh kerana kerana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat dilanjutkan  ke 09.06.2020, aku akan berhari raya di Kuala Lumpur seperti tahun tahun sebelumnya selepas ketiadaan ibubapa. Niat pulang ke rumah pusaka tidak dapat tertunai kerana PKPB yang dijalankan sekarang. 

Marilah kita sama-sama berdoa kepada kepada Allah agar covid-19 segera diangkat dari muka bumi ini supaya manusia boleh menjalankan aktiviti kehidupan seperti biasa dan harapannya lebih baik dari tahun sebelum era kuman covid-19