Menikmati satu anugerah.
Perkataan pertama ..Alhamdulillah..Subhanallah
Ayat yang memang wajar terlantun dibibir. Kita digalakkan bermusafir. Berjalanlah kamu dimukabumi ini untuk kamu melihat kebesaran Allah maha pencipta.
Aku tak sempat mengongsikan perjalanan yang sebelumnya kerana tintaku tumpul di samping waktu terluang kian menipis. Kebetulan hari ini hari minggu yang paling kurang aktiviti berbanding hari-hari sebelumnya. Aku akan kongsikan perjalanan paling terkini..Seoul /Pulau Jeju
Kali pertama menjejakkan kaki ke seoul adalah musim luruh tahun 2011. Aku jejaki bumi seoul sekali lagi di awal Musim bunga , kali ni aku ke Jeju sekali. Korea memang antara negara yang Allah anugerahkan pemandangan yang cantik. Memang benar ungkapan setiap perjalanan yang sukar akan meghentikan kita ke satu perhentian yang indah.
Mula mula Aku ke kawasan pergunungan. Oleh kerana awal musim bunga cuaca masih sejuk lagi. Naik kebas tangan dek sejuk.
Hallasan merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan. ia terkenal dengan tumbuhan ecosystem yang berubah-ubah mengikut perubahan suhu di sekitar pergunungan tersebut. Oleh kerana ia memiliki laluan yang dibina khas untuk mendaki perjalan naik dan turun dari puncak mengambil masa satu hari sahaja. Di puncaknya terbentuk tasik valcano indah. Untuk ke puncak mengambil masa 8 jam jadi aku hanya bersiar disekitar Hallasan National Park sahaja. Oleh kerana musim dingin..yang kelihatan segelintir burung-burung yang tak sempat ku nak camkan namanya..mujur ular tak kutemui bunga bunga jauh sekali... hehe
Penandangan Jeju juga sebenarnya terhasil dari letusan gunung berapi beribu tahun dahulu dan antara volcano yang terhasil ialah Seongsan Ilchubong Sunrise Peak.
K wave terpalit juga dalam lawarsn kali ini sebab sempat juga menyelinap ke salah satu tempat penggambaran Running Man..
Banyak lagi cerita nak di luahkan di sini tunggukan jer sambungannya. .tapi bagus jufa kalau jejaki sendiri semua tempat yang ada kat bawah ni hehe